U-ASSIST JADI TUMPUAN PELAJAR BAHARU

U-ASSIST ONLINE: Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) kembali dimeriahkan dengan kehadiran pelajar-pelajar yang mendaftar pada sesi kemasukan Semester Baharu 2018/2019. U-Assist seperti kebiasaan menjadi tumpuan para pelajar tempatan mahupun antarabangsa bagi urusan Visa dan Pas Pelajar dan Insurans.

Seperti kebiasaan, U-Assist membuka kaunter-kaunter bagi memudahkan urusan para pelajar dan waris. Dalam pada masa yang sama, Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA) dan syarikat Insurans turut menempatkan wakil mereka di U-Assist. UUM telah menawarkan peluang kepada 955 pelajar baharu bagi mengikuti 30 program pengajian. Semenjak penubuhannya, U-Assist menjadi tumpuan para pelajar mahupun kakitangan UUM yang ingin berurusan mengenai perkara-perkara berkaitan Visa dan Pas Pelajar, Mod Pengajian dan akademik, Pelekat Kenderaan serta Kad Pintar.

Mula beroperasi pada Oktober 2013, U-Assist telah meningkatkan perkhidmatan mereka selaras dengan keperluan semasa para pelajar dan kakitangan UUM. Amelia Hakimi berkata, "Pihak kami turut menyediakan perkhidmatan Siswa Hotline. Siswa Hotline ini akan memudahkan semua pihak yang ingin mendapatkan maklumat mengenai UUM."ujarnya. Pengarah U-Assist, Dr.Azizi Ab Aziz turut meluangkan masa meninjau perjalanan proses perkhidmatan selain beramah mesra dengan para pelajar.

UPM JADIKAN U-ASSIST RUJUKAN UTAMA PERKHIDMATAN ONE STOP CENTER

U-ASSIST ONLINE: "Bidang tugas kita sama cuma pengurusan di Universiti Utara Malaysia (UUM)...

Read more

TINJAU KEMUDAHAN U-ASSIST

U-ASSIST ONLINE: Pelbagai pihak terus menjadikan U-Assist sebagai pusat rujukan dan penanda...

Read more

"YOU CAN CALL ME AZIZI"

U-ASSIST ONLINE: "The most important thing that have my concern is punctuality." said Dr. Azizi...

Read more