TINJAU KEMUDAHAN U-ASSIST

U-ASSIST ONLINE: Pelbagai pihak terus menjadikan U-Assist sebagai pusat rujukan dan penanda aras dalam menyediakan perkhidmatan khususnya kepada para pelajar dan kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM). Bertemakan slogan We Are Always Here For You , U-Assist terus menerima pelawat dari pelbagai agensi dan institusi pendidikan dalam dan luar negara.

Konsep perkhidmatan mesra pelanggan serta persekitaran yang kondusif turut menjadi daya tarikan para pelawat. Menjelaskan lebih lanjut, Pegawai Kewangan U-Assist, Noor Nazila Nazren berkata, "Pihak U-Assist mengalu-alukan kehadiran para pelawat dan sangat menghargai kesudian kerana memilih premis kami sebagai salah satu lokasi untuk dikunjungi."

Ujarnya lagi sebarang pertanyaan dan masalah akan cuba diselesaikan dengan kadar segera supaya urusan para pelanggan tidak terjejas. "Kita cuba menerangkan prosedur-prosedur yang berkaitan terutama melibatkan perkhidmatan Visa Dan Pas Pelajar kerana ia melibatkan agensi-agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia dan Education Malaysia Global Services (EMGS)." jelas Nazila.

U-Assist baru-baru ini telah menerima kunjungan daripada wakil Universiti Malaysia Sarawak, UIN-Ar Raniry Acheh Indonesia, Ateneo De Manila University dan wakil dari Menara Alor Setar. Taklimat ringkas diberikan sambil para pelawat dibawa ke sekitar U-Assist bagi melihat sendiri operasi perkhidmatan kaunter-kaunter yang telah disediakan. 

UPM JADIKAN U-ASSIST RUJUKAN UTAMA PERKHIDMATAN ONE STOP CENTER

U-ASSIST ONLINE: "Bidang tugas kita sama cuma pengurusan di Universiti Utara Malaysia (UUM)...

Read more

TINJAU KEMUDAHAN U-ASSIST

U-ASSIST ONLINE: Pelbagai pihak terus menjadikan U-Assist sebagai pusat rujukan dan penanda...

Read more

"YOU CAN CALL ME AZIZI"

U-ASSIST ONLINE: "The most important thing that have my concern is punctuality." said Dr. Azizi...

Read more