UPM JADIKAN U-ASSIST RUJUKAN UTAMA PERKHIDMATAN ONE STOP CENTER

U-ASSIST ONLINE: "Bidang tugas kita sama cuma pengurusan di Universiti Utara Malaysia (UUM) lebih teratur. Sebab itu kami berada di sini."jelas Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam ucapan balasnya semasa mengadakan kunjungan hormat di U-Assist, UUM.

Delegasi seramai 8 orang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UPM tiba di U-Assist bagi mengadakan lawatan penanda aras bertujuan mencari idea serta bertukar pendapat bagi membangunkan sebuah Pusat Perkhidmatan Komprehensif Pelajar (One Stop Center) untuk kemudahan para pelajar UPM. Kehadiran mereka disambut oleh Prof. Abdul Malek Abdul Karim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM.

Prof.Abdul Malek dalam ucapan aluannya menyatakan penghargaan kerana memiilih U-Assist sebagai rujukan dalam usaha meletakkan kepentingan pelajar sebagai fokus utama pengurusan di universiti. Perkongsian idea berkenaan pengoperasian One Stop Center dilihat mampu menjayakan perancangan UPM memudahkan urusan para pelajarnya dalam aspek akademik, kewangan mahupun kebajikan.

Dalam masa yang sama Prof. Dr Mohd Roslan berkata banyak aspek yang harus diteliti sebelum menyediakan kemudahan kepada pelajar-pelajar UPM. "Pelbagai perkara masih perlu dipelajari apatah lagi tujuan asal menubuhkan pusat perkhidmatan ini untuk memudahkan para pelajar."jelasnya lagi.

Penerangan berkenaan operasi U-Assist disampaikan oleh Pengarahnya, Dr. Azizi Ab Aziz. Delegasi UPM kemudian dibawa meninjau sekitar U-Assist dan diberi penjelasan lanjut mengenai semua perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pelajar. 

UPM JADIKAN U-ASSIST RUJUKAN UTAMA PERKHIDMATAN ONE STOP CENTER

U-ASSIST ONLINE: "Bidang tugas kita sama cuma pengurusan di Universiti Utara Malaysia (UUM)...

Read more

TINJAU KEMUDAHAN U-ASSIST

U-ASSIST ONLINE: Pelbagai pihak terus menjadikan U-Assist sebagai pusat rujukan dan penanda...

Read more

"YOU CAN CALL ME AZIZI"

U-ASSIST ONLINE: "The most important thing that have my concern is punctuality." said Dr. Azizi...

Read more