U-Assist Terus Menjadi Tumpuan Luar

U-ASSIST ONLINE: U-Assist terus menerima tetamu daripada pelbagai agensi dan institusi dari dalam dan luar negara. 

Sejak ditubuhkan, U-Assist menjadi platform penting dalam menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai khususnya para pelajar dan kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM). Rata-rata menyatakan bahawa kehadiran mereka ke U-Assist adalah untuk meninjau kemudahan dan berkongsi pendapat mengenai proses kerja yang berkonsepkan One Stop Center. Mereka menjadikan U-Assist sebagai penanda aras dalam usaha memperbaiki mutu perkhidmatan sedia ada. Bagi enam bulan pertama 2018 menyaksikan U-Assist telah menerima 15 lawatan daripada pelbagai institusi dan agensi luar antaranya Ateneo De Manila University (ADMU), UIN-Ar Raniry (Indonesia), Universitas Muhammadiyah Yogjakarta (UMY), Universitas Wijaya Putra(UMP) dan Sponsorship Unit & One Stop Student Centre (OSSC),Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UNISHAMS).

Connect with us

U-Assist, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah Darul Aman, Malaysia.

CUSTOMER SURVEY FORM

footerJune2018

Search